BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

Panahan reverse Psychology Bondaku

Aku termenung dijendela.. menghirup udara segar… menikmati keindahan malam… tiba-tiba hati ini sayu. “kenapa yea... aku seperti mahu lari dari kehidupan.” “eh..tak, Erma Azila mana mungkin boleh lari dari masalah.” Aku bermonolog sendiri. Mahu saja dibawa hatiku yang celaru ini pada insan yang pernah berkongsi nyawa denganku. Ya, ini mungkin kerinduan seorang anak pada bondanya.

Tika mana aku cuba mengimbau kenanganku dengan bondaku, tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Ya, ibuku lah seorang ibu yang terhebat. (pakar motivasi, kaunselor, cheff, guru, pendengar terbaik.. dan macam-macam lagi). yang menariknya, pendekatan ibuku dalam mendidik anak-anaknya berbeza antara satu sama lain. Andainya ibuku mahu menegur kesalahan anak-anaknya, pendekatannya amat berbeza.
Kak long: bersemuka, dan selalu ingatkan kak long tentang dialah contoh adik-adik
Kak ngah: bersemuka, tegur secara personal dan menggunakan nada yang lembut kerana kak ngah seorang yang amat sensatif.
Saya: reverse Psychology. Menggunakan pengantaraan iaitu kak ngah atau adik (atih) kerana diri ini mudah tercabar dengan teguran orang
Atih: bersemuka, cakap tanpa kiasan
Rahim: Bersemuka, cakap dengan penuh keibuan
Adik: bersemuka, bagi motivasi
Baby: hihihi, kecil lagi tidak ada problem

Minda ini terus aktif meneroka kenangan lampau tentang ibuku. Cerita ini berlaku ketika aku masih mencari apa erti keseronokan. Asyik dengan kehidupan sehingga lupa akan amanahku pada insan tersayang. Aku membuat satu keputusan yang mana ibu bapaku tidak restu malah amat bantah sekali tapi kerana kedegilan serta keegoan aku tetap dengan penderianku. Tiada siapa yang mampu membantahnya. Akhirnya, aku tersedar dari lenaku ketika telinga ini panas mendengar sindaran dari ibuku dan pengantaraannya kak ngahku. jantungku bedegup kencang,mukaku pucat, telingaku berasap... ”Kalau alang tue pandai, alang tak kan wat keputusan mcm tue!!!.” sungguh tegas suara ibuku.(k.ngah bercerita smbl beremosi). Sindiran ibuku itu mematikan langkahku. Aku kembali berfikir.... ya, aku silap dalam percaturan ini. Aku jatuhkan kegoku malah aku tertunduh kalah di hadapan ibu... mak, maklah ibu yang terhebat. Anakmu ini faham akan maksud tersiratmu... Luv U... dan dengan restu, doamu,abah serta adik adik... kini, aku berjaya menjejak kaki disini... secara tiba-tiba aku berhenti dari lamunanku kerna talefonku berdering...

Thursday, September 23, 2010

Ya Rabbi

Ya Rabbi...
saat aku mengharungi ujianMu...
aku jatuh... aku kalah...
aku takut untuk bangkit...
aku takut untuk teruskan perjuanganku...

Ya Rabbi...
Kau penciptaku...
Kau yang lebih arif tentangku...
Kau yang aturkan segalanya...

tapi... Ya Rabbi...
hambaMu ini...
ibarat berjalan diatas kaca...
tanpa kakiku merasai perit dan luka...
aku seperti hilang kawalan...
terawang-awang dalam khayalan sendiri...

Ya Rabbi...
janganlah Kau berpaling kepadaku...
sesudah Engkau menunjukkan jalanMu kepadaku...
aku sebagai hambaMu yang bayak kelemahan...
apatah lagi kekecelaruan...

Ya Rabbi...
aku semakin jauh denganMu...
tentukanlah yang terbaik untukkku...
tetapkanlah hatiku...
mantapkan Imanku...
teguhkan jiwaku...
dekatkanlah aku denganMu...
jauhkanlah aku dari perkara maksiat dan syirik...
sesungguhnya Ya Allah... kau lebih berkuasa,
Kau yang Maha Pemurah lagi Bijaksana...:(

Monday, August 23, 2010

Luahan Taubat

Mungkin tajuk ini terlalu sensetif untuk di bicarakan. Tapi kita sebagai da’ie di era globalisasi ini perlu merungkai setiap permasalahan yang berlaku pada umat Islam sekarang. Saya tertarik untuk membicarakan hal ini bukan kerana ingin merosakkan minda serta hati sahabat-sahabat sekalian Cuma ingin berkongsi jalan penyelesaian untuk kemajuan umat. Ia sebenarnya juga berkaitan dengan pengalaman saya ketika menyambut idulfitri.

Idul fitri tahun ini banyak perkara yang menyedihkan daripada keseronokkan. Itu tidak penting, yang pentingnya titisan jernih air mata seorang hamba Allah yang merunsingkan minda saya. Dulu, saya bersama sahabat “Qalbi” pernah membicarakan hal ini, tiba-tiba malam ini, saya bertemu sendiri dengan sahabat di kampung saya yang dibelengu masalah yang rumit ini.

Perbualan kami bermula dengan cerita-cerita kosong..“ kak lang… saya penat da tegur adik saya tue, selamber die jer pakai seluar pendek, mmg trend budak sini skrg pakai seluar pendek… klau lelaki takper juga nie perempuan!” itu luahan pertamanya.. saya yang kurang ilmu ini berkongsi sedikit metod untuk mengubah pemakaian adiknya.. tiba-tiba saya melihat mukanya yang penuh resah dan air matanya bertakung di kelopak matanya. Pantas saya mententeramkannya. Tapi yang membuat saya terkejut, dia menangis bukan kerana adiknya tetapi dirinya sendiri.

“entahlah…kak lang.. ini balasan Allah kepada saya. Kak, saya tak baik, kak lang faham la… biler dah bercouple, saya lemah, tak kuat iman, saya kalah kak…” ku lihat titisan air matanya semakin laju.ketika sedangku focus mendengar rintihan hamba Allah ini, baby (adik bongsuku) mengacau perbualan kami. Saya dengan pantas membuat isyarat mata kepada adikku yang sarat mengandung anak sedaraku yang sulung supaya membawa baby masuk kerumah. Alhamdulillah, isyarat mataku difahami oleh adikku.. thanks atih melayan kerenah baby sekejab walaupun awk penat

Perbualan kami disambung selepas sy menunjukkan reaksi berminat untuk mendengar rintihannya……… “ saya dah bertaubat kak lang… saya tak nak buat da… memang saya tak pernah terlanjur tapi saya pernah buat yang ringan-ringan… saya pernah tengok vodeo tue… saya susah sangat sekarang… saya jadi macam ketagih, saya selalu terbayang benda tue… setiap masa kak, nak tido, kdg2 tgh mengaji dan solat terlintas benda tue di fikiran saya… sehinggakan saya kalah sampai sy layan diri saya sendiri… macam maner nak buat kak lang…?

Jalan penyelesaiannya:
1) Istiqfar. Ketika nafsu ini hadir, kita perlu istiqfar terus menerus tanpa henti sehingga bayangan kita terhadap seks itu pergi. Ini perlu kepada kukuatan. Kita tidak boleh layan!!!. Disamping itu, kita perlu motivasi diri sendiri.

2) Doa. Banyakkan lah berdoa. Allah pasti mendengar doa hambaNya. Merintih dan merayulah kepada Allah. Hanya Allah ader jalan penyelesaiannya.

3) Hati. Hati perlu disucikan kembali. Bersihkanlah hati ini daripada perkara yang mengelapkan hati. Cara mendidiknya ialah:

- Berjuang melawan hawa nafsu

- Solat. Solat khusyuk yang akan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Solat juga sebagai benteng diri.

- Puasa. Firman Allah Taala:
 “ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183)

- Berzikir. Firman Allah

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (AL-Ra’ad:28)

Sebenarnya sahabat, masalah yang berkaitan seks ini sangatlah bahaya. Ini kerana ia boleh membawa kita kepada perkara yang dekat dengan zina. Allah taala melarang hambaNya mendekati zina. Maksud “mendekati” ini sangatlah mendalam. Bukan kita perlu menjauhi daripada terlanjur dengan lelaki yang bukan muhrim kita semata-mata tetapi juga apa sahaja yang boleh membuat kita terjebak dengan zina juga perlu dijauhi. Firman Allah:

“ dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Al-Isra’:32)

Saya berharap, sahabat-sahabat dapat berkongi kaedah atau metod yang sesuai untuk menjadi penawar kepada penyakit ini.

Thursday, August 5, 2010

~cara menghilangkan tekanan~



2,3 minggu ini, hati ini sangat tidak tenteram. Banyak masalah yang perlu difikirkan jalan penyesaiannya. Ada pendapat mengatakan, setiap masalah boleh diselesaikan. benarkah?. Sukar menyelesaikan masalah yang kita kurang ilmu tentangnya. walaupunku di uji dengan pelbagai rintangan, Allah tetap bersamaku malah Allah beri sebuah nikmat yang lain kepadaku yakni sahabat setia... bukan senang untuk mencari sahabat yang mampu membimbing dan menegur amalan kita. dan sekarang aku sudah merasai nikmat itu. Alhamdulillah... persahabatan ini sudah menjangkau dua tahun, tapi setiap hari dibuaikan dengan kata-kata indah sehingga membuahkan rasa cintaku kepadanya...

Hari ini, sahabatku~ qalbi~ meleraikan kekusutan di jiwaku dengan manisan kek yang terhidang di bakery. AHHH... Indahnya saat itu. segala masalahku dilupakan malah aku yakin setiap masalah yangku hadapi itu ada kemanisannya.

Dan sebagai perkongsian dengan sahabat,Aku hadiahkan kepada kalian cara untuk menghilangkan tekanan...

1. Apabila kita diuji, sebenarnya Allah mahu menilai sejauh mana kita mengharap pertolonganNya. Ia juga sebagai tanda peringatan kepada kita yang sebenarnya, hati kita ini semakin jauh denganNya... oleh itu, cara asas untuk menghilangkan stress ialah dengan mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa.

2. cuba senaraikan masalah kita dan cuba cadangkan jalan penyelesaian serta risiko yang akan diterima. Kadang-kadang masalah kecil saja tetapi kita celaru dan dicampur adukkan dengan masalah lain.

3. buatlah perkara yang mampu menenangkan jiwa seperti perkara yang anda minati. contoknya makan kek, berjalan, camping dll... try it...

.......... cayok dan berani terima ujian yna datang...........

Monday, February 22, 2010

Permata yang dicari

permata...
warnamu mampu menarik hatiku
sinarmu mampu menembusi hati yang melihatmu
kecantikan dalamanmu mempersonakan aku
kilaunmu memikat setiap mata yang merenungmu....

Bukan mudah kita sebagai dai'e untuk menjadi permata kepada seluruh mad'u kita. kita yang sering alpa ini, kadang-kadang kita lupa bahawa ramai mata diluar sana menilai sinaran permata kita. Adakah permata yang kita serlahkan itu tampak serinya ataupun semakin padam sinarnya?.

Mungkin kisah yang akan saya ceritakan ini mampu membuat sahabat berfikir dan menjadikan ia sebagai semangat untuk terus berjuang dalam medan dakwah ini. Saya menganggapnya sebagai Mentor, kakak dan naqibah. Nur Hanisah mohd afandi, satu nama yangterpilih dan berjaya dalam bidang dakwah ini. Dia mampu menjadi permata kepada setiap insan yang mendampinginya. Allah Taala memudahkan urusan dakwahnya dengan mendekatkan hati mad'u kepadanya. kenapa dia mampu?

janji Allah memang benar. Andai kita benar-benar berada di jalan lurus pasti Allah akan bantu setiap urusan kita. setelah dikaji, beliau mampu menjadi permata setiap hati yang mendampinginya:

1. jiwanya sesak andai dirinya jauh dengan kerja dakwah
2. ketenangan wajahnya mampu menenangkan hati yang gelisah
3. Sentiasa penuhkan jiwanya dengan kerja yang bermanfaat
4. dan yang penting, amalan yang tidak ditinggalkan.

saya menilai sejauh mana cinta saya ini dengan kerja dakwah dan sejauh mana saya menjalankan amanah saya sebagai hamba Allah.... saya mahu menjadi permata yang disenangi oleh mad'u malah saya ingin menjadi permata di samping Rabbi.... so... cayok....

Friday, February 19, 2010

Aku budak baru belajar

Sebenarnya,banyak yang ingin ku kongsi bersama pembaca blog tapi saya tidak berkeyakinan untuk menulis. Entahlah, bakatku mungkin bukan disini. Saya akan terus juga perjuangan dalam bidang ini semampu yang mungkin. dan juga akan cuba berkongsi ilmu dengan pembaca malah yang pentingnya, saya kan terus mengasah dan mendisiplinkan diri saya supaya tidak berhenti daripada menulis.....