BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 6, 2011

ku cium ia.... ku dakap ia..


kuciumnya dengan penuh rasa keinsafanku.. ku dakap ia dengan penuh keredhaanku... Kau mampu menenangku... ayat-ayatMu membawa akau merasai cintaMu Ya Rabb... mungkin ia adalah perjuangan walaupun pagi tadi hambaMu ini tergelincir dari fajar Mu.. solat qada' ygku tunaikan ibarat satu dosa dan membuang semanagtku hari ini.. aku ingin bermula dengan merasai senyuman fajar.. hembusan angin yang membawa semangat untuk terus tersenyum dan ketawa dengan keperitan hidup...

bila mendengar luhanan masalah manusia, aku sedikit bersyukur.. kerana walaupun aku dihimpit pelbagai mehnah yang tidak pernah selesai tapi.. aku gembira sebab aku masih adanya KAMU yang sudi mendengar keluhanku malah KAMU memberi ketenangan buatku tika mana aku dalam kesempitan....

Ya Allah... ampunkan dosaku.. berilah ketenangan buatku... kerana dgn ketenangan, kita mampu berfikir akan hikmah disebalik ujianMu.. Ya Allah.... berilah kekuatan buatku, cambahkan ideaku... 4 perkara dalam 1.. sbnrnya mustahil buatku.. sebab hambaMu yang lemah ini tidak mampu mengejar semuanya... aku sebanrnya serabut malah buntu.. apa yg perlu ku utamakan... tetapi atas pertolonganMu dalam menstabilkan fikiranku... aku cuba untuk berjuang..... berilah kejayaan buatku Ya Allah....

terima kasih Ya Allah... Al-Quran ini buatku merasai dekat denganMu... Ya Allah... Nabi Muhammad Nabiku... aku ingin mencontohinya tetapi... kuatkan lah aku Ya Allah dalam usaha membentuk akhlak yang mulia.... :'(

redhailah hidupku....

Saturday, April 2, 2011

Perjuagan Pertamaku...

buat hatiku serta jasadku.. Tahniah untuk hari semalam. mungkin ia satu motivasi buatmu untuk teruskan perjuangan. susah untuk mentarbiyyah diri sendiri. sukar untuk melatih hati bagi membasahinya agar mengigat Ilahi setiap detik dan waktu...

jangan cuba untuk dekat dengan dosa kerana dosa ini adalah penyakit yang berterusan dan berangkai. apabila diri sekali terjebak dengan dosa, maka perasaan ingin cuba untuk kali kedua melonjak-lonjak, bile da selalu melakukan dosa, perasaan yang hadir ialah merasakan dosa itu adalah perkara biasa... lama2 ia jadi tabiat, bila tabiat ia bertukar kepada kanser, kanser susah untuk diubati...

tapi, lorong gelap yang pernah dilalui amat sukar untuk mendapapati Nur melainkan adanya taubat. bila seorang insan bertaubat, general syaitan laknatullah pula datang menguji. kekadang ke kanan, kekadang bisikan itu diikutkan. walau menangis darah sekalipun, hidup untuk mencari perlu diteruskan....

Dosa, dosa, dosa... jnagan sekadar menyebut tetapi tdk laksanakan amalan baik.. jika takut akan azab Tuhan, kembalilah kpd pangkal jalan.. istiqamah dalam amalanmu.. teguhkan aqidahmu.. jaga akhlakmu.....

Friday, April 1, 2011

Episod seorang mujahidah..


Di kala petang yang redup ini, aku telah membuat perjanjian dengan Penciptaku.
perjanjian ini sebenarnya sudah lama telah terikat cuma hambaNya yang alpa ini sering memungkirinya. Dalam mengharungi dunia yang banyak cabaran ini, aku kadang-kadang juga alpa tentang neraka dan dosa. sibuk dengan urusan dunia sehingga hubunganku dengan Pencipta semakin renggang... inikah dinamakan cinta?

disini, ku ingin bermula sebuah episod baru sebagai seorang mujahidah. aku perlu melawan apa jua yang melalaikan malah mengumpul sebanyak mana amalan. malah usaha dakwah perluku teruskan. medan?.

mehnah pasti ada tapi ku perlu kuatkan semangat... mohonlah ampun kpdNya
"maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu, dosa bagi orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu: (Muhammad:19)

betapa jauh kita dengan Alla, dengan taubat, amalan serta doa kita akan kembali kepadaNya. didalam hati manusia ini ada penasihat Alalh dimana apabila kita merenung dosa sedalam-dalamnya, kita akan merasai satu perasaan iaitu "keinsafan". perasaan ini hadir atas izinNya. oleh itu, tidak wajar eandainya perasaan ini dibiarkan hilang begitu saja. bersyukurlah atas pemberianNya.....