BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 4, 2011

SaViNg mOnEy


Lama sudah rasanya, "Perindu Syahid" menghilangkan diri dr dunai blognya.. masa tdk mengizinkanku untuk membuka blog ini apatah lagi untuk mencoret sepatah dua kata. ku mengimbas kembali selama 5 bulanku menyepi... exam final + tesis membuatku seakan "org tdk waras". gila untuk mengejar masa, galakkan mata mencari rujukan di library, kuatkan hati saat semua sahabar terutama "nur Qalbi" pulang kekampung.. saat itu dapatku rasakan tekakku ini pedih menelan air laut masin, tanganku terkapai pohon pertolongan...ya pertolongan dr Yang Maha Esa... kerana izinNya, tesisku selamat disiapkan, kerana izinNya juga Allah selesaikan masalah kewanganku dgn perantara ayah "nur qalbi".

sebelumku menamatkan pengajianku di ukm, aku nekad untuk sambung "master" di ukm juga. entahlah... UKM ada sesuatu ygku cari.... walaupunku tahu risikonya tapi aku cuba untuk terus berjuang sehingga cita-citaku tercapai.... saat itu aku bekerja sbg "guru tadika" untuk mengumpul duit bagi membayar yuran pendaftaran masterku...

aku gagahkan diri, tabahkan hati duduk di tadika itu walaupun kehadiranku kurang disenangi. bukanku tidak cuba untuk memahami dan bergaul dengan mereka tetapi tidak hormat sahabat dgn membawa pasangan ke rumah menyebabkan aku kurang senang. ini ujian drNya... menangis sendiri saat aku diperli, tingkahlaku ku diperhati seperti banduan penjara, salahku dibesarkan... jika mengikut emosi, aku kalah dan mahu lari tapi apb teringat matlamat nak kumpul duit... air mataku dikesat.... "kalau saya kata, saya Nak, saya tetap Nak jugak!!!!!"

Akhirnya.... ramadhan kembali lagi.. inilah saat semua umat Islam berjuang mengumpul amal... Masjid dan surau bertambah serinya... sering terdengar tazkirah, bacaan ayat-ayat suci al-Quran.. masjid n surau penuh dengan jemaah bagi menunaikan solat sunat terawih... begitu jua dgnku.. ramadhan kali ini amat sayu, kadang2 ku berbuka sendirian.. sahurku sendirian sbb tak senang bergaul dgn bos n psgn yg bersahur sama2 ( meluatnya!!!!).. ku simpan perasaan takut dgn mengajak bos n housemate ke surau bersama2... akan tetapi pelawaanku di tolak.. ramadhanku diuji lagi... tika anak2 didikku enak tidur di waktu tghari, ku curi masa untuk mengaji.. tapi terdengar suara dibelakang mengatakan " aku menunjuk"... sedangkan aku baca dengan suara yg perlahan... salah kah..???? Ku cuma mampu berdoa, buka hati mereka dan percepatlah waktu... ku tak mampu.... ramadhan kian melabuh tirainya.. bermakna.. perjuanganku "saving money" selesai... alhamdulillah..... semangat untuk menyambung semakin bergelora.... "Nur Qalbi!!!!... tggu saya.. kita belajar sama2 yer..."

Wednesday, April 6, 2011

ku cium ia.... ku dakap ia..


kuciumnya dengan penuh rasa keinsafanku.. ku dakap ia dengan penuh keredhaanku... Kau mampu menenangku... ayat-ayatMu membawa akau merasai cintaMu Ya Rabb... mungkin ia adalah perjuangan walaupun pagi tadi hambaMu ini tergelincir dari fajar Mu.. solat qada' ygku tunaikan ibarat satu dosa dan membuang semanagtku hari ini.. aku ingin bermula dengan merasai senyuman fajar.. hembusan angin yang membawa semangat untuk terus tersenyum dan ketawa dengan keperitan hidup...

bila mendengar luhanan masalah manusia, aku sedikit bersyukur.. kerana walaupun aku dihimpit pelbagai mehnah yang tidak pernah selesai tapi.. aku gembira sebab aku masih adanya KAMU yang sudi mendengar keluhanku malah KAMU memberi ketenangan buatku tika mana aku dalam kesempitan....

Ya Allah... ampunkan dosaku.. berilah ketenangan buatku... kerana dgn ketenangan, kita mampu berfikir akan hikmah disebalik ujianMu.. Ya Allah.... berilah kekuatan buatku, cambahkan ideaku... 4 perkara dalam 1.. sbnrnya mustahil buatku.. sebab hambaMu yang lemah ini tidak mampu mengejar semuanya... aku sebanrnya serabut malah buntu.. apa yg perlu ku utamakan... tetapi atas pertolonganMu dalam menstabilkan fikiranku... aku cuba untuk berjuang..... berilah kejayaan buatku Ya Allah....

terima kasih Ya Allah... Al-Quran ini buatku merasai dekat denganMu... Ya Allah... Nabi Muhammad Nabiku... aku ingin mencontohinya tetapi... kuatkan lah aku Ya Allah dalam usaha membentuk akhlak yang mulia.... :'(

redhailah hidupku....

Saturday, April 2, 2011

Perjuagan Pertamaku...

buat hatiku serta jasadku.. Tahniah untuk hari semalam. mungkin ia satu motivasi buatmu untuk teruskan perjuangan. susah untuk mentarbiyyah diri sendiri. sukar untuk melatih hati bagi membasahinya agar mengigat Ilahi setiap detik dan waktu...

jangan cuba untuk dekat dengan dosa kerana dosa ini adalah penyakit yang berterusan dan berangkai. apabila diri sekali terjebak dengan dosa, maka perasaan ingin cuba untuk kali kedua melonjak-lonjak, bile da selalu melakukan dosa, perasaan yang hadir ialah merasakan dosa itu adalah perkara biasa... lama2 ia jadi tabiat, bila tabiat ia bertukar kepada kanser, kanser susah untuk diubati...

tapi, lorong gelap yang pernah dilalui amat sukar untuk mendapapati Nur melainkan adanya taubat. bila seorang insan bertaubat, general syaitan laknatullah pula datang menguji. kekadang ke kanan, kekadang bisikan itu diikutkan. walau menangis darah sekalipun, hidup untuk mencari perlu diteruskan....

Dosa, dosa, dosa... jnagan sekadar menyebut tetapi tdk laksanakan amalan baik.. jika takut akan azab Tuhan, kembalilah kpd pangkal jalan.. istiqamah dalam amalanmu.. teguhkan aqidahmu.. jaga akhlakmu.....

Friday, April 1, 2011

Episod seorang mujahidah..


Di kala petang yang redup ini, aku telah membuat perjanjian dengan Penciptaku.
perjanjian ini sebenarnya sudah lama telah terikat cuma hambaNya yang alpa ini sering memungkirinya. Dalam mengharungi dunia yang banyak cabaran ini, aku kadang-kadang juga alpa tentang neraka dan dosa. sibuk dengan urusan dunia sehingga hubunganku dengan Pencipta semakin renggang... inikah dinamakan cinta?

disini, ku ingin bermula sebuah episod baru sebagai seorang mujahidah. aku perlu melawan apa jua yang melalaikan malah mengumpul sebanyak mana amalan. malah usaha dakwah perluku teruskan. medan?.

mehnah pasti ada tapi ku perlu kuatkan semangat... mohonlah ampun kpdNya
"maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu, dosa bagi orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu: (Muhammad:19)

betapa jauh kita dengan Alla, dengan taubat, amalan serta doa kita akan kembali kepadaNya. didalam hati manusia ini ada penasihat Alalh dimana apabila kita merenung dosa sedalam-dalamnya, kita akan merasai satu perasaan iaitu "keinsafan". perasaan ini hadir atas izinNya. oleh itu, tidak wajar eandainya perasaan ini dibiarkan hilang begitu saja. bersyukurlah atas pemberianNya.....

Monday, March 28, 2011

anis with teaternyer....

minatku pada teater bemula sejak di bangku sekolah lagi. akan tetapi, di sekolah teater ini tidak dipopularkan begitu juga di KIPSAS.. tetapi saya jumpanya di dunia Universiti Kebangsaan Malaysia. seronok dengan dunia teaterku tetapi saya tak aktif dengan teater kolej sebab masa tidak mengizinkan. saya perlu kukuhkan ilmu dakwah supaya teater yang dibawa berlandaskan syariat...

dalam tiga tahun ini, 5 teater berjaya dipersembahkan. mungkin, bagi sahabat lain, ia tidaklah hebat mana cuma bagiku.. itu adalah percubaan permulaanku dean aku perlu berlajar lagi. Allah amat menyayangiku dgn meletakkanku di bidang dakwah mungkin diri ini perlu ditarbiyyah lagi. Alhamdulillah... aku jatuh cinta dgn medan dakwah dan aku ingin mengaplikasikan teater ini sebagai medium dakwah. jom imbas kenangan teater di ukm...



ini teaterku ketika tahun satu.. teater kolej.. "tema teater seram" ku mendapat watak sebagai tok bomoh. cerita ini berkenaan amalan khurafat. ada unsur islamic la di dalam tetaer ini apabila imam mengalahkan ilmu sihir tok bomoh

Thursday, March 24, 2011

selagi nyawa ini dipinjam

di dalam kegelapan malam, tanpa bintang yang menunjuk sinarnya, dengan kesunyian suasana,manusia lain sedang asyik lena, aku termenung sendiri. menangis dalam dakapan sendiri. dimana penghujung hidupku?

seandainnya nyawa milik Ilahi ini perlu dipulangkan kembali malam ini, sediakan aku??? malunya untuk menghadap Ilahi dengan amalan tak sampai seinci dalam masa 24 tahun!.layakkah aku mengatakan cintaku kpdNya? tidak cukup bekalanku untuk menampung usia hidupku 24 tahun. Ampunkanku Ya Rabb, Terima Taubatku Ya Allah..

dalam meniti sisa bumi yang semakin menghampiri penghujungnya, aku masih lagi tak mampu melaksanakan amanah yg perluku laksanakan. bagaimana bila disoal nanti?. aku tak cukup kuat YA RABB..... bantulah permudahkan urusanku... bimbinglah aku... jgn Kau berpaling dariku... Ya Allah... aku hambaMu yang lemah.. pimpinlahku kpd jalan yg benar... berilah hidayah kepadaku.... sesungguhnya KAU PENCIPTAku malah KAU BERHAK TERHADAP DIRIKU... CINTA ALLAH DAN RASUL

Thursday, January 27, 2011

Ya Allah... diri ini capet

Senyum dan ketawa bukan bermakna hati sedang gembira. itulah aku sebenarnya. berpura-pura untuk ketawa agar hati ini dipujuk untuk terus bertahan. setiap insan lain ujianNya.Allah datang menguji pada hambaNya yang Dia merasakan mampu...

Ya Allah, ketika mana sahabatku yang lain seronok mengadap muka bonda, ayahda serta adik-adik tercinta, aku hanya mampu melepaskan rinduku pada mereka pada anak-anak asuhanku. Bukan niat hati ini untuk mengeluh atau menyalahkan takdir cuma hati ini bergelora rindukan mereka.

Ya Allah, sedang mana sahabat lain sedang asyik mengeluarkan idea untuk tesis mereka, aku pula sedang asyik memikirkan jalan penyelesaian masalah yang hadir. Ya Allah, bukan ku mengeluh tapi... hati ini lemah, memang sifatku cepat risau akan sesuatu. jika ia menyentuh urusan familyku, hati kecilku ini mendesak untuk membantu mereka walaupun aku sendiri tak mampu malah menyusahkan ku akhirnya.... tapi itulah aku...

Ya Allah... aku tidak mampu untuk tidak mencampur adukkan masalah peribadi dan pelajaranku... bagaimana tesisku hendak berjalan sedangkan hatiku bukan disini. Ya Allah, aku cepat tersentuh, emosi, sensetif sehingga ia bagai menyusahkan mektok... aku tahu dia kawan yang terbaik..tapi aku kasihan akannya kerna perlu mendengar serta melayan kerenahku ketika mana aku tertekan....

Ya Allah... sayangilah aku...bantulah aku... aku da semakin hampir kalah... aku tak mahu jatuh... Ya Allah, aku redha atas segalanya. bantulah aku untuk mencari penyudah segala masalah ini.... da penat da.... =(