BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 10, 2012

Nyawaku dihujung tanduk

Sakit, susah, miskin adalah sebahagian daripada ujian Allah Taala kepada hambaNya. Allah memberi ujian kepada hambaNya atas sebab kasih sayangnya.

" dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah 155)


Manusia ini adalah hamba yang mudah alpa dan lalai. Ujian sebeginilah yang akan menyuntik kembali kesedaran kepada manusia. Tambahan pula, hidup kita ini tidak berseri seandainya tiada ujian kerana apabila di timpa ujian, otak ligat berfikir, mulut tidak henti berzikir malah hati tidak lepas daripada mengingatiNya....

Berbalik kepada tajukku ini. Allah memberi ujian sakit sehingga ku merasai nikmat “nyawa dihujung tanduk”.. inilah tarbiyyah Allah kepadaku sehingga kini peristiwa itu masih terpahat diingatanku. Akhir ramadhanku baru –baru ini telah sangat menguji emosi serta mentalku mana tidaknya, ketikamana semua umat Islam mengejar pahala di sisa=sisa ramadhan, aku pula bertarung dengan demam panas yang tidak rebah. Saat itu, aku masih lagi mampu berdiri menjalankan tugas sebagai pendidik tapi tidak mampu membuat yang terbaik. Maaf yer anakku sayang...

Demam yang ku alami tidak jua rebah walaupun pelbagai usaha di lakukan, adik menghantarku ke klinik Bangi tetapi tiada perubahan. Ku dapat rasakan saat itu, badanku sangat sejuk hingga mencucuk tulang, kakiku kejang, urat2ku sakit, muntah-muntah... tambahan pula ku berada dalam makzurah... susahnya saat itu, nak makan pun tidak lalu, inikan pula nak mandi... tapi aku harus la mandikan... hanya titisan air mata dapat meluahkan kesakitan aku ketika itu, hati ini kuat berdoa supaya Allah permudahkan sakitku ini... tiba2 aku teringatkan mak... “sy nak mak....” saat ramadhan tinggal 3 hari lagi, aku dan adik pulang ke kampung (mak suruh pulang kg sbb esok mak nak balik kg)... so, aku di papah menaiki kereta yg di pndu oleh adik lelakiku ke kg..... sesampainya di kampung, sakitku semakin teruk, sehinggalah lewat malam... aku dikejarkan ke hospital..... akhirnya doctor sahkan aku suspect denggi... eeerrrr.. terkejut jugak....

Bermulala episode hidupku di hospital Bentong. Saat palingku takuti adalah pada malam 28 ramadhan.... saat yang mana ku rasa nyawaku seakan ditarik... ketikaku sedang nyenyak tidur setelah penat melayan kerenah tetamu2 yg ziarahku.... aku tiba2 rasa loya dan sangat pening... aku bergegas ke tandas... tekakku loya.. aku muntah “hijau”... setibanya di katil, nurse datang setelah melihatku seperti sukar bernafas... tetapi jantungju berada dlm keadaan stabil, nurse suruhku rehat dan tidur.... jantungju saat itu seperti berdegup kencang... dan nafasku seakan ingin berhenti!!!!... sakit sangat!!!! Dadaku seperti digoncang2.. perutku spt ditekan2..kakiku sakit macam kejang.....kepala pening sangat....

Saat itu, ku rasakan seperti “nyawaku di hujung tanduk”... MATI???? AKU NAK MATI DA KER????... Saat itu, apa yg berlegar dalam ingatanku adalah “AMALAN”... cukup ker????? Syurga or neraka???? Ku gagahi tanganku menaip mesej kepada “nur Qalbi” satu soalanku Tanya “ Apa tanda2 org nak mati?” panjang huraiannya... ku tak dapat baca dengan jelas.... yg pasti, ku dapat rasakan inilah malam terakhirku di ala mini... saat itu, ku ambil zikir, ku baca zikir dengan linangan air mata... saat itu ku hanya ingatkan ALLAH... PENGHARAPANKU hanya untuk Allah... MAK, ABAH, ADIK2, KWN2, GURU2... semua hilang di ingatan.... betapa takutnya aku saat itu tambahan pula kakiku bertambah sejuk... lagilah bertambah seram.... saat ini, aku teringat amalan2ku yg tak seberapa....

~aku teringat solatku tidak khusyuk...~
~aku teringat amalan sunatku kurang~
~aku teringat amanah kpd keluarga tdk tertunai lagi~
~aku teringat dosa2 lalu..~
~aku teringat detik dan waktuku dimana~

Perasaan takut menyelubungi diri... ketar kaki ini hanya Tuhan yang tahu.... selama hidupku, aku tidak pernah takut sebegini... benarkah aku ingin MATI???? Saat itu, dalam keadaan tidak bermaya menahan sakit.. hanya doa ygku mampu.. nak solat tak boleh.... ku berdoa saat itu nak MATI DALAM IMAN N ISLAM.... saat itu juga ku rasakan MALU MENEBAL DI MUKA....???? LAYAKKAH AKU MENCIUM HARUMAN SYURGA DENGAN AMALANKU HANYA INI???? LAYAKKAH AKU... SEJAUHMANA KESUNGGUHAN TAUBATKU???? aku dapat rasakan mataku semakin tertutup... sukar dibuka lagi..... aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg di sembah melainkan Allah…. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah…
Tiba azan subuh kedengaran… aku terkejut…ku lihat disekeliling…. Ku rasa nafasku… Alhmdulillah.. aku masih di hospital… aku masih di beri “peluang untuk berjuang”.. aku masih di beri “nyawa utk mengutip pahalaNya” aku masih diberi peluang !!!!!! terima kasih Allah!!!!! =’(

0 comments: