BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 2, 2011

Perjuagan Pertamaku...

buat hatiku serta jasadku.. Tahniah untuk hari semalam. mungkin ia satu motivasi buatmu untuk teruskan perjuangan. susah untuk mentarbiyyah diri sendiri. sukar untuk melatih hati bagi membasahinya agar mengigat Ilahi setiap detik dan waktu...

jangan cuba untuk dekat dengan dosa kerana dosa ini adalah penyakit yang berterusan dan berangkai. apabila diri sekali terjebak dengan dosa, maka perasaan ingin cuba untuk kali kedua melonjak-lonjak, bile da selalu melakukan dosa, perasaan yang hadir ialah merasakan dosa itu adalah perkara biasa... lama2 ia jadi tabiat, bila tabiat ia bertukar kepada kanser, kanser susah untuk diubati...

tapi, lorong gelap yang pernah dilalui amat sukar untuk mendapapati Nur melainkan adanya taubat. bila seorang insan bertaubat, general syaitan laknatullah pula datang menguji. kekadang ke kanan, kekadang bisikan itu diikutkan. walau menangis darah sekalipun, hidup untuk mencari perlu diteruskan....

Dosa, dosa, dosa... jnagan sekadar menyebut tetapi tdk laksanakan amalan baik.. jika takut akan azab Tuhan, kembalilah kpd pangkal jalan.. istiqamah dalam amalanmu.. teguhkan aqidahmu.. jaga akhlakmu.....

Friday, April 1, 2011

Episod seorang mujahidah..


Di kala petang yang redup ini, aku telah membuat perjanjian dengan Penciptaku.
perjanjian ini sebenarnya sudah lama telah terikat cuma hambaNya yang alpa ini sering memungkirinya. Dalam mengharungi dunia yang banyak cabaran ini, aku kadang-kadang juga alpa tentang neraka dan dosa. sibuk dengan urusan dunia sehingga hubunganku dengan Pencipta semakin renggang... inikah dinamakan cinta?

disini, ku ingin bermula sebuah episod baru sebagai seorang mujahidah. aku perlu melawan apa jua yang melalaikan malah mengumpul sebanyak mana amalan. malah usaha dakwah perluku teruskan. medan?.

mehnah pasti ada tapi ku perlu kuatkan semangat... mohonlah ampun kpdNya
"maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu, dosa bagi orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu: (Muhammad:19)

betapa jauh kita dengan Alla, dengan taubat, amalan serta doa kita akan kembali kepadaNya. didalam hati manusia ini ada penasihat Alalh dimana apabila kita merenung dosa sedalam-dalamnya, kita akan merasai satu perasaan iaitu "keinsafan". perasaan ini hadir atas izinNya. oleh itu, tidak wajar eandainya perasaan ini dibiarkan hilang begitu saja. bersyukurlah atas pemberianNya.....

Monday, March 28, 2011

anis with teaternyer....

minatku pada teater bemula sejak di bangku sekolah lagi. akan tetapi, di sekolah teater ini tidak dipopularkan begitu juga di KIPSAS.. tetapi saya jumpanya di dunia Universiti Kebangsaan Malaysia. seronok dengan dunia teaterku tetapi saya tak aktif dengan teater kolej sebab masa tidak mengizinkan. saya perlu kukuhkan ilmu dakwah supaya teater yang dibawa berlandaskan syariat...

dalam tiga tahun ini, 5 teater berjaya dipersembahkan. mungkin, bagi sahabat lain, ia tidaklah hebat mana cuma bagiku.. itu adalah percubaan permulaanku dean aku perlu berlajar lagi. Allah amat menyayangiku dgn meletakkanku di bidang dakwah mungkin diri ini perlu ditarbiyyah lagi. Alhamdulillah... aku jatuh cinta dgn medan dakwah dan aku ingin mengaplikasikan teater ini sebagai medium dakwah. jom imbas kenangan teater di ukm...



ini teaterku ketika tahun satu.. teater kolej.. "tema teater seram" ku mendapat watak sebagai tok bomoh. cerita ini berkenaan amalan khurafat. ada unsur islamic la di dalam tetaer ini apabila imam mengalahkan ilmu sihir tok bomoh

Thursday, March 24, 2011

selagi nyawa ini dipinjam

di dalam kegelapan malam, tanpa bintang yang menunjuk sinarnya, dengan kesunyian suasana,manusia lain sedang asyik lena, aku termenung sendiri. menangis dalam dakapan sendiri. dimana penghujung hidupku?

seandainnya nyawa milik Ilahi ini perlu dipulangkan kembali malam ini, sediakan aku??? malunya untuk menghadap Ilahi dengan amalan tak sampai seinci dalam masa 24 tahun!.layakkah aku mengatakan cintaku kpdNya? tidak cukup bekalanku untuk menampung usia hidupku 24 tahun. Ampunkanku Ya Rabb, Terima Taubatku Ya Allah..

dalam meniti sisa bumi yang semakin menghampiri penghujungnya, aku masih lagi tak mampu melaksanakan amanah yg perluku laksanakan. bagaimana bila disoal nanti?. aku tak cukup kuat YA RABB..... bantulah permudahkan urusanku... bimbinglah aku... jgn Kau berpaling dariku... Ya Allah... aku hambaMu yang lemah.. pimpinlahku kpd jalan yg benar... berilah hidayah kepadaku.... sesungguhnya KAU PENCIPTAku malah KAU BERHAK TERHADAP DIRIKU... CINTA ALLAH DAN RASUL

Thursday, January 27, 2011

Ya Allah... diri ini capet

Senyum dan ketawa bukan bermakna hati sedang gembira. itulah aku sebenarnya. berpura-pura untuk ketawa agar hati ini dipujuk untuk terus bertahan. setiap insan lain ujianNya.Allah datang menguji pada hambaNya yang Dia merasakan mampu...

Ya Allah, ketika mana sahabatku yang lain seronok mengadap muka bonda, ayahda serta adik-adik tercinta, aku hanya mampu melepaskan rinduku pada mereka pada anak-anak asuhanku. Bukan niat hati ini untuk mengeluh atau menyalahkan takdir cuma hati ini bergelora rindukan mereka.

Ya Allah, sedang mana sahabat lain sedang asyik mengeluarkan idea untuk tesis mereka, aku pula sedang asyik memikirkan jalan penyelesaian masalah yang hadir. Ya Allah, bukan ku mengeluh tapi... hati ini lemah, memang sifatku cepat risau akan sesuatu. jika ia menyentuh urusan familyku, hati kecilku ini mendesak untuk membantu mereka walaupun aku sendiri tak mampu malah menyusahkan ku akhirnya.... tapi itulah aku...

Ya Allah... aku tidak mampu untuk tidak mencampur adukkan masalah peribadi dan pelajaranku... bagaimana tesisku hendak berjalan sedangkan hatiku bukan disini. Ya Allah, aku cepat tersentuh, emosi, sensetif sehingga ia bagai menyusahkan mektok... aku tahu dia kawan yang terbaik..tapi aku kasihan akannya kerna perlu mendengar serta melayan kerenahku ketika mana aku tertekan....

Ya Allah... sayangilah aku...bantulah aku... aku da semakin hampir kalah... aku tak mahu jatuh... Ya Allah, aku redha atas segalanya. bantulah aku untuk mencari penyudah segala masalah ini.... da penat da.... =(

Friday, October 22, 2010

Panahan reverse Psychology Bondaku

Aku termenung dijendela.. menghirup udara segar… menikmati keindahan malam… tiba-tiba hati ini sayu. “kenapa yea... aku seperti mahu lari dari kehidupan.” “eh..tak, Erma Azila mana mungkin boleh lari dari masalah.” Aku bermonolog sendiri. Mahu saja dibawa hatiku yang celaru ini pada insan yang pernah berkongsi nyawa denganku. Ya, ini mungkin kerinduan seorang anak pada bondanya.

Tika mana aku cuba mengimbau kenanganku dengan bondaku, tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Ya, ibuku lah seorang ibu yang terhebat. (pakar motivasi, kaunselor, cheff, guru, pendengar terbaik.. dan macam-macam lagi). yang menariknya, pendekatan ibuku dalam mendidik anak-anaknya berbeza antara satu sama lain. Andainya ibuku mahu menegur kesalahan anak-anaknya, pendekatannya amat berbeza.
Kak long: bersemuka, dan selalu ingatkan kak long tentang dialah contoh adik-adik
Kak ngah: bersemuka, tegur secara personal dan menggunakan nada yang lembut kerana kak ngah seorang yang amat sensatif.
Saya: reverse Psychology. Menggunakan pengantaraan iaitu kak ngah atau adik (atih) kerana diri ini mudah tercabar dengan teguran orang
Atih: bersemuka, cakap tanpa kiasan
Rahim: Bersemuka, cakap dengan penuh keibuan
Adik: bersemuka, bagi motivasi
Baby: hihihi, kecil lagi tidak ada problem

Minda ini terus aktif meneroka kenangan lampau tentang ibuku. Cerita ini berlaku ketika aku masih mencari apa erti keseronokan. Asyik dengan kehidupan sehingga lupa akan amanahku pada insan tersayang. Aku membuat satu keputusan yang mana ibu bapaku tidak restu malah amat bantah sekali tapi kerana kedegilan serta keegoan aku tetap dengan penderianku. Tiada siapa yang mampu membantahnya. Akhirnya, aku tersedar dari lenaku ketika telinga ini panas mendengar sindaran dari ibuku dan pengantaraannya kak ngahku. jantungku bedegup kencang,mukaku pucat, telingaku berasap... ”Kalau alang tue pandai, alang tak kan wat keputusan mcm tue!!!.” sungguh tegas suara ibuku.(k.ngah bercerita smbl beremosi). Sindiran ibuku itu mematikan langkahku. Aku kembali berfikir.... ya, aku silap dalam percaturan ini. Aku jatuhkan kegoku malah aku tertunduh kalah di hadapan ibu... mak, maklah ibu yang terhebat. Anakmu ini faham akan maksud tersiratmu... Luv U... dan dengan restu, doamu,abah serta adik adik... kini, aku berjaya menjejak kaki disini... secara tiba-tiba aku berhenti dari lamunanku kerna talefonku berdering...

Thursday, September 23, 2010

Ya Rabbi

Ya Rabbi...
saat aku mengharungi ujianMu...
aku jatuh... aku kalah...
aku takut untuk bangkit...
aku takut untuk teruskan perjuanganku...

Ya Rabbi...
Kau penciptaku...
Kau yang lebih arif tentangku...
Kau yang aturkan segalanya...

tapi... Ya Rabbi...
hambaMu ini...
ibarat berjalan diatas kaca...
tanpa kakiku merasai perit dan luka...
aku seperti hilang kawalan...
terawang-awang dalam khayalan sendiri...

Ya Rabbi...
janganlah Kau berpaling kepadaku...
sesudah Engkau menunjukkan jalanMu kepadaku...
aku sebagai hambaMu yang bayak kelemahan...
apatah lagi kekecelaruan...

Ya Rabbi...
aku semakin jauh denganMu...
tentukanlah yang terbaik untukkku...
tetapkanlah hatiku...
mantapkan Imanku...
teguhkan jiwaku...
dekatkanlah aku denganMu...
jauhkanlah aku dari perkara maksiat dan syirik...
sesungguhnya Ya Allah... kau lebih berkuasa,
Kau yang Maha Pemurah lagi Bijaksana...:(