permata...
warnamu mampu menarik hatiku
sinarmu mampu menembusi hati yang melihatmu
kecantikan dalamanmu mempersonakan aku
kilaunmu memikat setiap mata yang merenungmu....
Bukan mudah kita sebagai dai'e untuk menjadi permata kepada seluruh mad'u kita. kita yang sering alpa ini, kadang-kadang kita lupa bahawa ramai mata diluar sana menilai sinaran permata kita. Adakah permata yang kita serlahkan itu tampak serinya ataupun semakin padam sinarnya?.
Mungkin kisah yang akan saya ceritakan ini mampu membuat sahabat berfikir dan menjadikan ia sebagai semangat untuk terus berjuang dalam medan dakwah ini. Saya menganggapnya sebagai Mentor, kakak dan naqibah. Nur Hanisah mohd afandi, satu nama yangterpilih dan berjaya dalam bidang dakwah ini. Dia mampu menjadi permata kepada setiap insan yang mendampinginya. Allah Taala memudahkan urusan dakwahnya dengan mendekatkan hati mad'u kepadanya. kenapa dia mampu?
janji Allah memang benar. Andai kita benar-benar berada di jalan lurus pasti Allah akan bantu setiap urusan kita. setelah dikaji, beliau mampu menjadi permata setiap hati yang mendampinginya:
1. jiwanya sesak andai dirinya jauh dengan kerja dakwah
2. ketenangan wajahnya mampu menenangkan hati yang gelisah
3. Sentiasa penuhkan jiwanya dengan kerja yang bermanfaat
4. dan yang penting, amalan yang tidak ditinggalkan.
saya menilai sejauh mana cinta saya ini dengan kerja dakwah dan sejauh mana saya menjalankan amanah saya sebagai hamba Allah.... saya mahu menjadi permata yang disenangi oleh mad'u malah saya ingin menjadi permata di samping Rabbi.... so... cayok....
Monday, February 22, 2010
Permata yang dicari
Posted by PeRiNdU SyAhId at 3:26 AM 0 comments
Friday, February 19, 2010
Aku budak baru belajar
Sebenarnya,banyak yang ingin ku kongsi bersama pembaca blog tapi saya tidak berkeyakinan untuk menulis. Entahlah, bakatku mungkin bukan disini. Saya akan terus juga perjuangan dalam bidang ini semampu yang mungkin. dan juga akan cuba berkongsi ilmu dengan pembaca malah yang pentingnya, saya kan terus mengasah dan mendisiplinkan diri saya supaya tidak berhenti daripada menulis.....
Posted by PeRiNdU SyAhId at 1:23 AM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Ayuh Bersahur..
“Along,angah alang… Bangun Sahur… kejut atih sekali…” itulah laungan ibuku tiap kali ktk bersahur… aku rindu saat itu, berkumpul beramai-ramai dan yang masih kuat diingatanku, kami adik beradik diWAJIBKAN baca niat sorang demi sorang and than kene habiskan air masak 1 cawan… AHHHH… banyak rulenyer…jika zaman kecil dulu, bangun sahur semua sudah terhidang, secawan milo panas, sepinggan nasi dan lauk yang dimasak simple2 oleh mak…. “Sedapnyer!!!”… sayu sajer hati, kini sudah duduk hostel, roti dan susu saje sebagai peganti alas perut… ish…. Sedihnyer… (bersyukur dapat juga bersahur berbanding sahabat2 di Iraq, Palestin dll, apa hidangan mereka tika ini?adakah dengan hanya seteguk air?.. kesian mereka..) Dulu malas sangat bangun sahur sampai kene marah2.. tapi, kini dah besar nie, baru terfikir ader sebab mengapa kita di didik untuk bangun bersahur….
Sahur sebenarnya perkara yang di sunatkan kepada umat Islam ketika berpuasa di bulan ramadhan. Sahur juga salah satu perkara yang istimewa di bulan al-Mubarak ini. Sahur ini jugalah yang membezakan antara ibadah orang Islam dengan ibadah orang Yahudi dan Kristian. Sabda Rasulullah s.a.w:
““Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi. Amat besar makna di sebalik bersahur ini. Kita sering mengatakan BENCI kepada yahudi, tetapi kita sendiri sebagai umat Islam malas untuk bangkit bangun melakukan sunnah Baginda s.a.w. Ia seperti satu perkara yang tidak penting, tetapi inilah keunikan bulan ramadhan yang amat di nanti-nantikan oleh umat Islam. Dan amalan bersahur ini banyak kelebihannya. Malah Baginda s.a.w amat mementingkan amalan bersahur ini. Sabda Baginda s.a.w juga, ““Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .
Antara kelebihan Bersahur:
· Menuruti sunnah Baginda s.a.w
· Membezakan diri dengan Yahudi, Kristian dll
· Menambah kekuatan untuk beribadat ketika siang hari
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan
berzikir dan berdoa serta bersyukur dengan nikmat yang ada
· Tidak berasa lapar ketika berpuasa
Sebenarnya, banyak hikmah di sebalik didikan ibu bapa yang mengambil berat dalam amalan bersahur ini. Jika waktu zaman kecil, kita dipaksa bersahur, tetapi apabila besar, Ia jadi satu tabiat yang baik. Tabiat ini sebenarnya jika dikaji, banyak perkara tersirat disebaliknya. Maka, rajin-rajinlah bangun sahur kerana bulan ini saja yang kita dapat menikmati waktu bersahur. Dan setiap kenangan ketika bersahur pasti tidak dapat kita dapat di bulan lain.
Posted by PeRiNdU SyAhId at 3:57 PM 0 comments
satu ramadhan...
aku mesti berani menghadapi perjuangan ini!!!.. aku mahu, perjuangan kali ini lebih baik dari perjuangan sebelumnya.. mungkin dulu aku kalah dengan musuh yangku bina sendiri... tapi kali ini aku mahu menebus kembali...
Aku susun jadualku... walaupun aku kira, aku tidak mampu melakukannya, tapi aku tetap akan berusaha hingga ketitisan akhir bulan rahmat ini...ini janjiku kepada diriku sendiri... Ya Ramadhan Kareem... aku mahu mengejarmu walaupun kau tidak mungkin berhenti walaupun sesaat..
Disaat ini juga aku mahu perlukan jemaah lain untuk membantu perjuanganku... satu perjuagan yang tidak ada penghujungnya... malah aku bertarung dengan hawa nafsuku... Ya Allah, Ampunkan dosaku... Berilah aku kekuatan untuk meneruskan pejuangan ini... kerna aku adalah hamba Mu yang lemah... Amin...
Posted by PeRiNdU SyAhId at 12:23 AM 0 comments