BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 23, 2010

Luahan Taubat

Mungkin tajuk ini terlalu sensetif untuk di bicarakan. Tapi kita sebagai da’ie di era globalisasi ini perlu merungkai setiap permasalahan yang berlaku pada umat Islam sekarang. Saya tertarik untuk membicarakan hal ini bukan kerana ingin merosakkan minda serta hati sahabat-sahabat sekalian Cuma ingin berkongsi jalan penyelesaian untuk kemajuan umat. Ia sebenarnya juga berkaitan dengan pengalaman saya ketika menyambut idulfitri.

Idul fitri tahun ini banyak perkara yang menyedihkan daripada keseronokkan. Itu tidak penting, yang pentingnya titisan jernih air mata seorang hamba Allah yang merunsingkan minda saya. Dulu, saya bersama sahabat “Qalbi” pernah membicarakan hal ini, tiba-tiba malam ini, saya bertemu sendiri dengan sahabat di kampung saya yang dibelengu masalah yang rumit ini.

Perbualan kami bermula dengan cerita-cerita kosong..“ kak lang… saya penat da tegur adik saya tue, selamber die jer pakai seluar pendek, mmg trend budak sini skrg pakai seluar pendek… klau lelaki takper juga nie perempuan!” itu luahan pertamanya.. saya yang kurang ilmu ini berkongsi sedikit metod untuk mengubah pemakaian adiknya.. tiba-tiba saya melihat mukanya yang penuh resah dan air matanya bertakung di kelopak matanya. Pantas saya mententeramkannya. Tapi yang membuat saya terkejut, dia menangis bukan kerana adiknya tetapi dirinya sendiri.

“entahlah…kak lang.. ini balasan Allah kepada saya. Kak, saya tak baik, kak lang faham la… biler dah bercouple, saya lemah, tak kuat iman, saya kalah kak…” ku lihat titisan air matanya semakin laju.ketika sedangku focus mendengar rintihan hamba Allah ini, baby (adik bongsuku) mengacau perbualan kami. Saya dengan pantas membuat isyarat mata kepada adikku yang sarat mengandung anak sedaraku yang sulung supaya membawa baby masuk kerumah. Alhamdulillah, isyarat mataku difahami oleh adikku.. thanks atih melayan kerenah baby sekejab walaupun awk penat

Perbualan kami disambung selepas sy menunjukkan reaksi berminat untuk mendengar rintihannya……… “ saya dah bertaubat kak lang… saya tak nak buat da… memang saya tak pernah terlanjur tapi saya pernah buat yang ringan-ringan… saya pernah tengok vodeo tue… saya susah sangat sekarang… saya jadi macam ketagih, saya selalu terbayang benda tue… setiap masa kak, nak tido, kdg2 tgh mengaji dan solat terlintas benda tue di fikiran saya… sehinggakan saya kalah sampai sy layan diri saya sendiri… macam maner nak buat kak lang…?

Jalan penyelesaiannya:
1) Istiqfar. Ketika nafsu ini hadir, kita perlu istiqfar terus menerus tanpa henti sehingga bayangan kita terhadap seks itu pergi. Ini perlu kepada kukuatan. Kita tidak boleh layan!!!. Disamping itu, kita perlu motivasi diri sendiri.

2) Doa. Banyakkan lah berdoa. Allah pasti mendengar doa hambaNya. Merintih dan merayulah kepada Allah. Hanya Allah ader jalan penyelesaiannya.

3) Hati. Hati perlu disucikan kembali. Bersihkanlah hati ini daripada perkara yang mengelapkan hati. Cara mendidiknya ialah:

- Berjuang melawan hawa nafsu

- Solat. Solat khusyuk yang akan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Solat juga sebagai benteng diri.

- Puasa. Firman Allah Taala:
 “ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183)

- Berzikir. Firman Allah

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (AL-Ra’ad:28)

Sebenarnya sahabat, masalah yang berkaitan seks ini sangatlah bahaya. Ini kerana ia boleh membawa kita kepada perkara yang dekat dengan zina. Allah taala melarang hambaNya mendekati zina. Maksud “mendekati” ini sangatlah mendalam. Bukan kita perlu menjauhi daripada terlanjur dengan lelaki yang bukan muhrim kita semata-mata tetapi juga apa sahaja yang boleh membuat kita terjebak dengan zina juga perlu dijauhi. Firman Allah:

“ dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Al-Isra’:32)

Saya berharap, sahabat-sahabat dapat berkongi kaedah atau metod yang sesuai untuk menjadi penawar kepada penyakit ini.

0 comments: