BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 5, 2010

~cara menghilangkan tekanan~



2,3 minggu ini, hati ini sangat tidak tenteram. Banyak masalah yang perlu difikirkan jalan penyesaiannya. Ada pendapat mengatakan, setiap masalah boleh diselesaikan. benarkah?. Sukar menyelesaikan masalah yang kita kurang ilmu tentangnya. walaupunku di uji dengan pelbagai rintangan, Allah tetap bersamaku malah Allah beri sebuah nikmat yang lain kepadaku yakni sahabat setia... bukan senang untuk mencari sahabat yang mampu membimbing dan menegur amalan kita. dan sekarang aku sudah merasai nikmat itu. Alhamdulillah... persahabatan ini sudah menjangkau dua tahun, tapi setiap hari dibuaikan dengan kata-kata indah sehingga membuahkan rasa cintaku kepadanya...

Hari ini, sahabatku~ qalbi~ meleraikan kekusutan di jiwaku dengan manisan kek yang terhidang di bakery. AHHH... Indahnya saat itu. segala masalahku dilupakan malah aku yakin setiap masalah yangku hadapi itu ada kemanisannya.

Dan sebagai perkongsian dengan sahabat,Aku hadiahkan kepada kalian cara untuk menghilangkan tekanan...

1. Apabila kita diuji, sebenarnya Allah mahu menilai sejauh mana kita mengharap pertolonganNya. Ia juga sebagai tanda peringatan kepada kita yang sebenarnya, hati kita ini semakin jauh denganNya... oleh itu, cara asas untuk menghilangkan stress ialah dengan mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa.

2. cuba senaraikan masalah kita dan cuba cadangkan jalan penyelesaian serta risiko yang akan diterima. Kadang-kadang masalah kecil saja tetapi kita celaru dan dicampur adukkan dengan masalah lain.

3. buatlah perkara yang mampu menenangkan jiwa seperti perkara yang anda minati. contoknya makan kek, berjalan, camping dll... try it...

.......... cayok dan berani terima ujian yna datang...........

1 comments:

Unknown said...

setiap mihnah yang datang bagai susuran yang luas terbentang bagai sebuah hamparan buat sang pengembara menuju detinasinya..
is there our destiny..

"seseungguhnya ajaib perihal seorang mukmin itu, sesunguhnya semua urusan mrk adlh kebaikan,dan keadaan ini tdk ada melainkan kpd orang beriman shj,sekiranya beroleh kebaikan dia akan bersyukur,maka jadilah kurniaan itu baik baginya,maka apabila ditimpa musibah dia bersabar, maka jadilah musibah itu kebaikan baginya"
(riwayat muslim)